Kisah Hantu - Asal Usul Dari Mana Datangnya Jenglot


Siapa sangka Jenglot yang nampak seakan patung biasa namun ramai yang tertanya-tanya adakah ia benar-benar hidup sedangkan ianya nampak keras umpama patung kayu yang diukir supaya nampak seram di mata manusia. Menjadi persoalan, dari manakah datangnya asal usul Jenglot ini? Apa itu sebenarnya Jenglot? Untuk makluman anda pembaca setia kisahseram.com, Jenglot adalah satu mahluk misteri yang berbentuk manusia kerdil atau kecil dengan berambut panjang yang tidak kemas. Jenglot juga berkuku panjang bertaring. Tubuh mereka agak panjang dan akan nampak janggal.

Jenglot cukup popular di Indonesia dan ada segelintir dari mereka percaya bahawa Jenglot ini juga mempunyai kehidupan yang sama seperti manusia. Ciri-ciri mereka juga ada yang bercampur baur antara manusia dengan haiwan dengan memiliki badan separuh manusia dan separuh ular, buaya atau lain-lain.

Rambut, kuku, taring Jenglot boleh memanjang dan dikatakan ia juga bernafas dengan menggunakan liang pori-pori pada setiap kulitnya. Dikatakan Jenglot tidak mempunyai tulang melainkan hanyalah sebuah penyangga badan, jaringan kuku, dan jaringan gigi.

Sudah lama Jenglot diketahui wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi, namun sehingga ke hari ini mereka kekal misteri dengan ilmuan hitam yang entah apakah ia dan tidak boleh diterangkan melalui sains fiksyen.

Rata-rata masyarakat melayu di Indonesia percaya bahawa Jenglot ini berkembang dalam kehidupan manusia kerana Jenglot sebenarnya adalah kewujudan semula dari jasad manusia yang mempunyai ilmu sakti setelah meninggal dunia dan tidak diterima oleh bumi.

Hal ini dikatakan kerana bumi tidak mahu menerima jasad manusia yang mempunyai ilmu sakti dan hitam dalam hidupnya. Lantas ia adalah dosa besar dan seakan-akan disumpah untuk hidup selamanya untuk melihat kehidupan di bumi sampai saat kehancurannya.

Adakah Jenglot ini bergerak dan makan? Ya, ia makan darah manusia dan juga makanan lain seperti buah sama seperti manusia. Ia juga boleh bergerak melalui getaran dan tidak akan dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Dengan memberi Jenglot makanan, ia akan menjadi hamba buat orang yang memberinya makanan dan akan lakukan apa sahaja yang diperintahkanya.

Mereka yang membela Jenglot ini adalah syirik kerana kita sebagai manusia yang beragama Islam sebaiknya meminta pertolongan kepada sang Pencipta.

Comments

Popular posts from this blog

Pocong Berdekatan Bilik Mayat Hospital Kulim

Cerita Hantu - Loker Asrama Maktab Tentera Darat

Kisah Seram - Misteri Bas Puaka Tanpa Pemandu