Posts

Showing posts from May, 2018

Kisah Hantu - Misteri Kota Iblis Di China

Image
MOGUICHENG atau Kota Iblis adalah sebuah kota mati yang terletak tidak jauh daripada daerah Xinjiang, China. Kota ini kelihatan agak misteri kerana ia berada terdapat batuan yang membentuk seperti tiang-tiang menyerupai istana kuno. Malah ada antara batuan yang dikatakan terbentuk seperti istana lengkap dengan anak tangga. Terdapat dakwaan ia terhasil daripada ribut pasir yang pernah membadai suatu ketika dahulu, bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya. Namun bukan bentuk atau warna batuannya yang menarik pengunjung ke Kota Iblis, sebaliknya apa yang menjadi tarikan pelancong adalah bunyi-bunyi aneh di kawasan tersebut. Menurut mereka yang pernah ke Kota Iblis, sekiranya pelancong berkunjung ke Kota Iblis ketika cuaca baik dengan angin bertiup lembut, pengunjung akan mendengar bunyi dentingan ribuan loceng atau alunan indah seolah-olah petikan gitar. Bagaimanapun semua itu boleh bertukar dalam sekelip mata sebaik sahaja angin kencang melanda kawasan te

NGERI!! Mak Bidan Ratah Uri Selepas Sambut Kelahiran Bayi

Image
Kisah seram kali ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar. Alkisahnya keturunan keluarga Faizal (bukan nama sebenar) ini ada membela saka. Saka ini sangat merbahaya walaupun ada yang menyangka bahawa ianya baik macam ala-ala cerita Waris Jari Hantu. Tapi untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, saka tidaklah begitu baik. Saka ini akan mempengaruhi kehidupan si pembela. Selalunya ke arah yang negatif dan menyebabkan si pembela itu tadi semakin jauh dari agama Allah. Ok, sebenarnya cerita tentang saka itu tadi tidak ada kena mengena dengan kisah yang akan diceritakan di sini. Berbalik kepada cerita keluarga Faizal, nak dijadikan cerita, Puan Sarimah ini sedang sarat mengandungkan si Faizal ketika itu. Tidak lama kemudian, sampailah hari di mana Puan Sarimah berasa sakit hendak melahirkan Faizal. Waktu itu di kampung mana ada doktor sangat nak menyambut kelahiran bayi, jadi Puan Sarimah terpaksa menggunakan perkhidmatan bidan. Setelah Faizal selamat dilahirkan, mak bidan itu

Kisah Seram - Misteri Bas Puaka Tanpa Pemandu

Image
Kisah ini bermula pada suatu malam. Jam waktu itu menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 tengah malam. Ada seorang mamat ni bersama dengan rakannya. Nama mereka Asraf dan Wahid (bukan nama sebenar). Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuala Selangor melalui Jalan Kepong. Setibanya mereka di Ijok, berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat kaum India, tiba-tiba kereta yang dipandu oleh Asraf mengalami kerosakan. Asraf tidak dapat nak menghidupkan enjin keretanya semula, walaupun dicuba berulang-ulang kali. Padahal kereta tersebut masih lagi baru dibeli sebulan yang lalu. Tidak ada pilihan lain, Asraf dan Wahid terpaksalah menolak kereta tersebut ke bahu jalan agar tidak menghalang laluan. kemudian, mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu di kawasan itu. Dengan keadaan malam yang gelap gelita, tidak ada siapa yang sudi menolong sedangkan kereta mereka rosak di tepi jalan. Tiba-tiba mereka berdua terlihat sebuah bas sekolah

Kisah Hantu - Asal Usul Dari Mana Datangnya Jenglot

Image
Siapa sangka Jenglot yang nampak seakan patung biasa namun ramai yang tertanya-tanya adakah ia benar-benar hidup sedangkan ianya nampak keras umpama patung kayu yang diukir supaya nampak seram di mata manusia. Menjadi persoalan, dari manakah datangnya asal usul Jenglot ini? Apa itu sebenarnya Jenglot? Untuk makluman anda pembaca setia kisahseram.com, Jenglot adalah satu mahluk misteri yang berbentuk manusia kerdil atau kecil dengan berambut panjang yang tidak kemas. Jenglot juga berkuku panjang bertaring. Tubuh mereka agak panjang dan akan nampak janggal. Jenglot cukup popular di Indonesia dan ada segelintir dari mereka percaya bahawa Jenglot ini juga mempunyai kehidupan yang sama seperti manusia. Ciri-ciri mereka juga ada yang bercampur baur antara manusia dengan haiwan dengan memiliki badan separuh manusia dan separuh ular, buaya atau lain-lain. Rambut, kuku, taring Jenglot boleh memanjang dan dikatakan ia juga bernafas dengan menggunakan liang pori-pori pada setiap kulitnya.

Pocong Berdekatan Bilik Mayat Hospital Kulim

Image
Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut bukan kepalang apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran dengan bilik mayat di sebuah hospital di daerah Kulim pada satu malam di bulan november tahun 2014. Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan beliau ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan. Katanya lagi, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar yang diambil sebelum terlihat imej asing yang kelihatan seperti pocong yang sedang duduk di atas kerusi di laluan yang manuju bilik mayat berkenaan. Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. “Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” kata Azm

Amber Court, Hotel Berhantu Di Genting Highlands

Image
Ling dan kekasihnya Jun yang berasal dari China telah mendapat peluang untuk datang ke Malaysia atas urusan kerja. Ketika berada di Malaysia, mereka mengambil kesempatan untuk ke Genting Highlands dan telah berjaya memenangi wang yang banyak di sebuah kasino. Bersama kemenangan itu, mereka terpaksa menginap di hotel Amber Court yang memang terkenal sebagai Haunted Hotel (hotel berhantu). Tanpa disedari mereka telah menuju ke satu perjalanan yang sangat menakutkan di mana banyak perkara yang aneh yang mula berlaku terhadap mereka, dan mereka juga sering diganggu oleh seorang wanita yang berpakaian serba putih. Apakah yang bakal terjadi kepada pasangan ini? Mampukah mereka keluar daripada malapetaka ini? Haunted Hotel merupakan filem terbaru arahan Ryon Lee ini turut dibintangi oleh pelakon tempatan seperti Teddy Chin, Alvin Chong dan Azman Hassan. Filem juga menampilkan pelakon luar negara seperti Aom Sushar dari Thailand dan Li Chuan dari China. Mari kita saksikan trailer filem Ha

Cerita Hantu - Loker Asrama Maktab Tentera Darat

Image
Kejadian ini dikatakan berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ceritanya tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang seorang ini sememangnya agak nakal dan cuba untuk ponteng solat Jumaat. Bagi mengelak dari ditangkap oleh warden asrama kerana ponteng solat Jumaat, dia bersembunyi di dalam almari pakaian (loker). Ketika sedang menyorok di dalam almari itu, entah bagaimana pelajar tersebut telah tertidur. Sedar-sedar sahaja, hari sudah pun lewat petang. Pelajar itu cuba menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu almarinya telah terkunci dari luar. Mungkin pintu almari telah terkunci secara tidak sengaja, ataupun dikunci oleh rakan-rakannya yang tidak sedar bahawa dia sedang bersembunyi di dalamnya. Dumm..Dumm..Dumm!!! Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan berteriak memanggil kawan-kawannya. Namun sunyi sepi. Tidak seperti biasa, hari itu tidak ada suara yang

Kisah Hantu Janda Jahat Yang Mengganggu Lelaki Artikel Penuh: https://www.kisahseram.com/kisah-hantu-janda-jahat-yang-mengganggu-lelaki

Image
Penduduk lelaki di sebuah kampung terpencil berdekatan Bangkok, Thailand yang ketakutan terpaksa memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur angkara hantu janda jahat yang dilaporkan mengganas di kampung tersebut. Dipercayai bahawa dengan memakai pakaian wanita dan bersolek sebelum tidur dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa hantu berkenaan. Penduduk kampung Nakhon Phanom di timur laut Thailand itu turut menggantung patung lelaki dengan kemaluan besar di luar rumah yang dipercayai mampu menakutkan hantu janda jahat berkenaan. Kampung yang mempunyai lebih kurang 90 orang penduduk itu mula diselubungi panik dan ketakutan sejak beberapa minggu lalu selepas seramai lima lelaki muda serta sihat, tiba-tiba meninggal dunia ketika tidur. Penduduk percaya kampung mereka diganggu oleh hantu janda yang menggoda kaum lelaki ketika tidur sebelum membawa roh mereka pergi bersamanya. Selepas berlaku beberapa kematian, penduduk mula menggantung patung lelaki berzakar besar ber

Cerita Seram - Percikan Darah

Image
Kilauan petir sekali-sekala menerangi suasana kampung Coh Ulu itu. Awan tebal berkepul-kepul berarak-arakan di langit menutup segala cahaya di langit, menambahkan lagi kegelapan malam itu. Angin kencang menderu-deru menambahkan kebimbangan penduduk kampung. Tidak ada seorangpun penduduk yang masih berada di luar rumah. Kesemua mereka sudahpun berada di dalam rumah, berlindung daripada ancaman ribut yang akan melanda. Hanya sekali-sekala sinaran pelita berkelip-kelip menembusi celah-celah papan dinding rumah melintuk dikuis angin. Seluruh kampung Coh Ulu sunyi sepi bagaikan dilanda geroda. Dalam kegelapan malam itu bunyi enjin kereta pacuan empat roda meraung membelah kesunyian malam itu. Bagaimanapun tiada siapa yang keluar menjenguk, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing ataupun ....? Sebuah kereta jeep kelihatan terhuyung-hayang merendah kegelapan malam, lampu hadapannya menyinari jalan berlopak dengan cahaya lesu yang suram. Ia merentas kampung itu sebelum berhenti di ha

Cerita Hantu - Hospital Berhantu

Image
Salah satu peristiwa karut dan tidak benar yang aku tidak pernah alami ialah ketika aku menemani isteriku yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Kuantan pada pertengahan tahun lepas. Pada ketika itu aku dan isteri aku ditempatkan di sebuah wad berkatil enam, tetapi hanya kami berdua yang berada di dalam bilik tersebut. Ketika itu bukan main gembira lagi kami berdua kerana bebas melakukan apa sahaja dalam bilik yang sebegitu luas itu. Tidak ada apa-apa kejadian berlaku sehinggalah pada hari kedua aku di sana. Ketika itu aku dan isteriku terpaksa berada di makmal untuk menjalani beberapa ujian. Pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar menyebabkan aku dan isteri aku tertahan di sana daripada waktu pagi sehingga waktu tengahari. Setelah pemeriksaan selesai, aku dan isteriku pulang ke wad dan aku terkejut melihatkan satu bungkusan hadiah berada di atas katil isteriku. Setelah aku amati ternyata hadiah itu datangnya daripada rakan-rakanku sepejabat. Aku pada mulanya tertanya-tanya